Jumaat, 12 Oktober 2012

LAGU AKU SUKA DIA-VERSI MURNI OSMAN

Kali pertama memandangmu
hatiku rasa tak tentu
dan mulai saat itu
aku mula suka padamu
tatkala terpandang wajahmu
hatiku rasa sesuatu

Bila cinta hadir dalam diriku
hatiku rasa tak menentu
bila rindu,aku tatap gambarmu
hilang semua resahku
oooh...oooh...

Kekadang hatiku bertanya
adakah dia dah berpunya
kerana aku berasa
aku ingin memeilikinya
aku ingin mencinta dia
aku ingin menjaga dia
aku ingin hidup dengannya

Rabu, 10 Oktober 2012

TANAH AIRKU

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Itulah laungan keramat yang paling kuingati

Setiap tahun
Tatkala azan Subuh bergema
Penuh irama syahdu merdu lagi
Oh,
sangat mengasyikkan

Jika puluhan tahun dahulu,
Alangkah sengsaranya para pejuang,
Bertempur dengan penjajah
Malahan sanggup bergadai nyawa
Demi mengecapi kemerdekaan yang diimpi

Tapi kini,
Kami anak merdeka
Sanggup menghancurkan keamanan 
yang telah sekian lama terbina
tanpa rasa malu dan bangga

Tapi,
aku berjanji
akan menegakkan semula martabat bangsa
akan mengusir parasit yang cuba merampas kedaulatan negara

Ya,
Aku pasti gahkan nama Malaysia 
Di persada dunia!

GURU OH GURU

Guru,
Kau umpama pelita yang menjadi penyuluh
hidupku yang gelita
Dengan cahaya ilmumu
cerah masa depanku
Kau kan selalu dalam ingatanku

Guru,
kau berbakti pada negara
berbakti pada agama,nusa dan bangsa

Oh guru,
Teruskan identitimu
Teruskan kewibawaanmu
Doamu,restumu yang tulus
amat bermakna bagiku

Guru,
Kaulah ibuku,
Kaulah taulanku
Kaulah idolaku

:guru,kau kan selalu tetap tinggal di hatiku

CINTA

 
Cinta...
Cinta...
Cuma sebuah kata tapi penuh makna
 
Cinta...
Kau hadir tanpa kuduga
Membawa pelbagai kisah duka dan lara
 
Cinta...
Kau adalah sebuah harta
Yang amat tinggi nilainya
Tak mampu menandingi emas permata
 
Cinta...
keranamu,
aku berasa gembira
dan keranamu juga
aku merana
 
Kenapa?
Kenapa kita lalai kerana cinta?
Bukan cinta puncanya,
tapi ia adalah salah manusia 
yang tidak kenal erti cinta
 
Ingatlah
Janganlah kita tenggelam dalam lautan cinta
kerana,
Kita pasti akan lemas dalam 
lautan yang penuh pancaroba
 

LIRIK LAGU 'WHAT MAKES YOU BEAUTIFUL' DALAM BAHASA MELAYU


Kau dalam dilema mula gelisah
Kau memalingkan wajahmu bila terlihat aku
Tak perlu solekan atau apa saja
Hanya kamu yang aku mahu

Oh sayang kau bagai bidadari kayangan
Yang dapat membuatku jadi tak tentu 
Senyumanmu penghilang rasa resahku
Kau tak tahu yang aku mencintaimu

Jika kau dapat merasai hatiku 
Pasti kau juga punya rasa begitu

Tapi kau tak tahu yang ku suka padamu
Aku suka padamu